PadaMu Aku Bersimpuh  

Posted by Muzaffar Saifuddin


Aku bersimpuh padaMu ya Allah
Atas keterlanjuran dan kelemahan diri
Yang mudah tewas dan tersungkur
Pada belaian nafsu yang menguasai

Aku kembali menghadapMu ya Rabbi
Jauhilah diriku dari maksiat dan dosa
Peliharalah aku dengan iman yang sempurna
Agar diriku tak terconteng dengan dosa dan noda
Agar diriku tak terpalit titik hitam durjana

Ya Allah,
Sukarnya bagiku untuk mengawal diri
Agar tak terjerumus dalam maksiat nan keji
Akal yang sempurna,
Mengapa tidak disemai dengan ilmu?
Telinga yang elok,
Mengapa tidak disirami dengan kalimah-Nya yang agung?
Mata yang indah,
Mengapa tak kau perhatikan bukti-bukti kehebatan-Nya?
Hati yang rapuh,
Mengapa tak kau kuatkan ia dengan memahami syariat-Nya?

Ya Allah,
Tuhan Yang Maha Kuasa
Janganlah Engkau biarkan aku mengulangi kesilapan yang sama
Janganlah Engkau biarkan aku mudah terpedaya
Janganlah Engkau biarkan aku menjunjung segunung dosa
Kerana sesungguhnya
CintaMu yang hakiki
itulah yang kudamba...


Mohd Shahir Zahari
22 October 2008
6.30 a.m
UMP

Sajak Sayyid Qutb  

Posted by Muzaffar Saifuddin


Ini adalah sajak yang ditulis oleh Almarhum Sayyid Qutb sebelum beliau dikenakan hukuman gantung... semoga mendapat ibrah kepada kita semua...

Sahabat,
Andainya kematian engkau tangisi,
Pusara engkau siram dengan air matamu,
Maka di atas tulang belulang yang sudah luluh,
Nyalakanlah obor untuk ummat ini,
Dan...
Lanjutkanlah gerak merebut kemenangan.


Sahabat,
Kematianku hanyalah suatu perjalanan,
Memenuhi panggilan kekasih yang merindu,
Taman-taman indah di syurga Allah,
Terhampar menanti,
Burung-burungnya berpesta menyambutku,
Dan berbahagilah hidupku di sana


Sahabat,
Puaka kegelapan pasti akan lebur,
Fajar akan menyingsing,
Dan alam ini akan disinari cahaya lagi,
Relakanlah rohku terbang menjelang rindunya,
Jangan gentar berkelana ke alam abadi,
Di sana... cahaya fajar memancar.


(Al-Maghfulahy Al-'Arif Billah,
Asy-Syahid Sayyid Ibnu Qutb Ibrahim,
Isnin 13 Jamadilawal 1386)

Sajak Buat Sahabat Setia  

Posted by Muzaffar Saifuddin



Akhi….
Nilai iman itu sebenarnya terlalu tinggi untuk dicapai
Malah, iman itu juga adakalanya yazid
Dan adakalanya yanquz

Namun..
Hakikatnya aku ingin sekali
Memiliki iman yang tak lekang dek panas
Dan tak luntur dek hujan…
Agarku bisa menjadi insan
yang sepenuhnya islah kepada-Nya.

Akhi…
Godaan itu juga sebenarnya
semakin kuat bila kita keseorangan…
Lantaran itulah…
Aku perlukan teman-teman
Yang sentiasa bersedia membimbingku
Untuk mencari dan menggapai redha-Nya.

Akhi…
Seperti yang kau tahu
Teman itu adakalanya seperti penawar…
Sumber kekuatan kita
Dan adakalanya,
Teman juga seperti racun…
Melemahkan kekuatan kita.

Tapi akhi…
Aku selalu berharap
Mendapat sahabat sejati
Yang tak luntur baik dalam suka atau duka
Yang tak hilang baik tika ku lemah ataupun bertenaga

Dan hari ini…
Aku mula mengerti
Sebenarnya masih ada yang setia
Yang sentiasa menyedarkanku dengan amaran-amaran Allah
yang sentiasa memujukku dengan tarbiah pencipta
yang sentiasa mengingatkanku dengan kehebatan syurga
dan sentiasa mendorongku menjadi dai’e mulia…

Terima kasih akhi…
Kerana kaulah sahabatku yang setia
Moga ukhwah kita untuk selamanya…

17 November 2007 (Sabtu)
10.30a.m
Mohd Shahir Zahari

UMP

RINTIHAN HATI INSAN  

Posted by Muzaffar Saifuddin


Malu rasanya menyatakan cinta,
padaMu Ya Allah,
padaMu Ya Rasulullah,
Kerna kekhilafan diri,
Serta keterlanjuran diri,
Hanyut dibuai nafsu duniawi.

Hati ini sering tertanya,
“Masihkan ada ruang,
UntukMu menerima taubatku,
Untukku menggapai redhaMu,
Untukku menghuni jannahMu,
Sedangkan dosa yang kulakukan,
Bukanlah gambaran seorang insan”.

Ya Allah,
Janganlah Engkau palingkan hati ini,
Setelah Engkau beri hidayah,
Engkaulah yang berkuasa membolak-balikkan hati,
Maka tetapkanlah hatiku ini,
Di atas landasan agamaMu yang benar.

Ya Allah Rabbul Izzati,
Luangkanlah untukku kesempatan,
Berikanlah aku peluang,
Untuk berbakti kepada agamaMu,
Untuk menyambung syiar dakwah rasul,
Agar Islam yang tercinta,
Tetap gemilang di dunia yang fana.


Mohd Shahir Zahari,
28/02/08 (Khamis)
8.45 a.m
UMP

Bumi Yang Berdarah  

Posted by Muzaffar Saifuddin



Tanah ini,
Telah lama disirami darah nan merah
Telah lama dihujani peluru penjajah
Yang sudah hilang peri-kemanusiaan
Yang sudah hilang akal kewarasan
Yang menjadikan kemusnahan suatu keseronokan
Semuanya kerana,
Dendam lama yang masih berparut
Dendam lama untuk
Menghapuskan Islam di dunia

Ya,
Bangsa kera itu memang gila
Merobek hak dan kebenaran rakyat Palestin
Merampas seluruh kasih sayang
Antara suami dengan isteri tercinta
Antara anak-anak dengan ibu bapa
Antara keluarga dengan jiran tetangga
Antara kawan dengan teman seperjuangan
Penuh kebiadapan merampas segalanya
Bangsat dan terlalu kejam!!

Namun,
Kepiluan hati makin tersiat
Apabila melihat sikap berdiam diri
Umat Islam sedunia
Yang begitu membisu memandang isu ini
Dayus apabila membiarkan masjid Ibrahimi dibahagi dua
Dayus apabila membiarkan masjid Ibrahimi dibakar
Dayus kerana membiarkan lebih 1200 masjid dirampas
Malah dijadikan kandang kambing,
Tempat perzinaan dan tempat berpesta
Dayus apabila membiarkan saudara seislam
terus dizalimi,dirogol dan disembelih.

Lantaran itu wahai saudara-saudaraku sekalian,
Sematkanlah kalimah-kalimah
dan bait-bait ini dalam diri kita,
“Seandainya pada hari ini,
Mereka berpegang pada Taurat yang diubah,
Kita akan perangi mereka dengan al-Quran
Jika ajaran Talmud disanjung oleh mereka,
Maka berpeganglah kita pada Bukhari dan Muslim,
Sekiranya hari Sabtu menjadi hari kebanggaan mereka
Sewajarnya kita berbangga dengan hari Jumaat
Andainya mereka berimpian untuk membina Haykal Sulaiman
Sewajarnya kita mempertahankan Masjidil Aqsa sepenuh hati
Sekiranya panji Yahudi menjadi lembayung kekuatan mereka
Maka kita wajib berperang di bawah panji Islam tercinta.”

Dan….
Ingatlah juga bahawa
Bumi Palestin telah lama berdarah,
Bumi Palestin telah lama terluka,
Bumi Palestin sedang menanti fajar baru
Untuk terus bernyawa…